SI KACAK & SI JELITA

Monday, November 29, 2010

SUAMI SOLEH.

...agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-MU''

          Hak-hak isteri dari suaminya..

  • Suami yang taat dalam melaksanakan perintah Allah dan Rasul-Nya dan dapat pula membimbing isterinya.
  • Suami yang mampu memberikan nafkah zahir ataupun batin.
  • Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan, dorongan, didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah SWT.
  • Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.
  • Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.
  • Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya.
  • Suami yang penyabar dan tidak menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
  • Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.
  • Suami yang sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan, dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.
  • Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.
  • Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji tehadap isteri dan anak-anak.
  • Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seperti meminum minuman keras, berjudi, berzina, mencuri, menipu dan sebagainya.
  • Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.
  • Suami mestilah bijak memahami perasaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaan bersedih.
  • Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.
  • Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.
  • Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain berkaitan dengan isterinya.
  • Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta tanggungjawab.

JALAN MENUJU ALLAH.

jalan manakah pilihanmu?

Aku impikan diriku
Yang sentiasa ghairah bertasbih
Mengadu rindu kepada-Nya
Mengasihi-Nya sepenuh jiwa dan raga
Mencintai-Nya sekuat hati

Aku impikan diriku
Yang sentiasa mengalirkan air mata
Akibat rindunya aku kepada penciptaku
Akibat malunya aku kerana sering berbuat maksiat
Akibat segannya aku kerana sering menipu
Kecintaan ku kepada-Nya

Aku impikan diriku
Yang hatinya sentiasa bergetar
Apabila nama Tuhanku disebut
Jantungku berdegup kencang
Bila disebut azabnya
Tetapi tenang semula
Bila dicerita kasih sayang-Nya
yang Maha Luas

Aku impikan diriku
Yang setiap detik mengingati-Nya
Akan nikmatnya yang tidak terhingga
Kerana aku tiada apa-apa
Dialah yang maha pemberi

Aku impikan diriku
Yang sentiasa bertawakal pada-Nya
Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buatku
Maha Suci dari menzalimiku
Kerana Dia penciptaku
Yang penuh kecintaan kepada makhluk-Nya


Saturday, November 13, 2010

INFO ASAS TENTANG HADIS.

selamat beramal

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MATAN HADIS?
Matan hadis ialah teks hadis dan ia merupakan penghujung rantaian hadis atau sanad. Jika kita membaca nama-nama periwayat bermula daripada Imam al-Bukhari (pengumpul hadis), ia akan berkahir dengan nama seorang sahabat Nabi selepas beliau, kita akan membaca teks atau matan hadis.

BILAKAH HADIS MULA DITULIS DAN DIBUKUKAN?
Hadis mula ditulis sejak zaman Rasulullah SAW oleh sebahagian daripada sahabat baginda. Penulisan semakin banyak berlaku sepanjang zaman sehinggalah tiba zaman pembukuan yang teratur dan lahirlah buku-buku hadis terkemuka seperti Musnad Ahmad, Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim dan lain-lain.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN SANAD HADIS?
Sanad ialah rantaian periwayat (rawi) yang meriwayatkan hadis. Rantaian itu dimulai dengan sahabat Nabi yang merupakan orang pertama menerima hadis itu daripada baginda. Dia menyampaikan kepada seorang yang lain, dan begitulah seterusnya dia pula menyampaikan kepada orang yang berikutnya sepanjang zaman. Keseluruhan rantaian ini dinamakan sanad hadis.

APAKAH PERBEZAAN ANTARA HADIS SAHIH DAN HADIS DAIF?
Istilah hadis sahih digunakan oleh ulama pengkaji hadis dengan maksud hadis yang benar-benar datang daripada Nabi Muhammad SAW, selepas kajian dan penyelidikan. Manakala istilah hadis daif pula digunakan oleh ulama hadis dengan maksud hadis yang tidak dapat dipastikan kebenarannya daripada Nabi Muhammad SAW, selepas kajian dan penyelidikan.

PETANDA MAHA PENCIPTA PADA BURUNG.

freedom

  • tulang burung sangat ringan tetapi kukuh kerana bahagian dalam tulangnya kosong.
  • sayap burung dijadikan dalam bentuk aerodinamik yang membantunya untuk terbang dengan baik.
  • paru-paru burung sangat unik kerana ia menyedut dan menghembus udara melalui saluran berbeza.
  • bulunya dibentuk daripada protein yang dinamakan keratin. bahan yang keras dan tahan lasak ini terbentuk daripada sel-sel lama yang meninggalkan sumber zat dan udara untuk mati dan menghasilkan sel-sel baru.
  • burung membersihkan bulunya menggunakan minyak yang keluar daripada kelenjar minyak di ekornya. ini menjadikan bulu burung kemas, berkilat, licin dan kalis air.
  • semua burung yang terbang mempunyai tulang dada (sternum) yang sangat kuat untuk menyokong otot-otot satap.

TIPS CINTA MUDA KETIKA TUA.

cinta

Itiqamahkan solat berjemaah dengan pasangan. carilah kaedah bersama untuk menguatkan hubungan dengan Allah.

Jangan abaikan makan bersama di rumah. jika boleh, makan dalam bekas yang sama sekali-sekala.

Berkebun atau memasak bersama. berkongsi hobi atau minat bersama-sama.

Luangkan masa berjalan-jalan, memandu bersama pasangan.

Bercerita sambil mengimbau kenangan-kenangan manis bersama.

Lawati semula tempat-tempat yang menjadi nostalgia bersama seperti masjid di mana anda diijab kabulkan, lokasi tempat anda berbulan madu dan sebagainya.

Ziarah orang yang pernah berjasa dan berbudi dalam kehidupan anda berdua sama ada pada pada awal usia perkahwinan atau masa kini

Baca, lihat, tonton semula majalah, album gambar atau filem-filem yang boleh mengembalikan kenangan manis bersama.

Ziarah pusara ahli keluarga atau sahabat-sahabat rapat anda berdua.

Sekali-sekala buat kejutan dengan memberi hadiah, kad ucapan, sekuntum bunga atau jemputan makan di luar.


IKAN REBUS.

ikan.rebus


Soalan :
Saya ada terbaca artikel yang menyatakan bahawa haram memakan ikan yang direbus atau digoreng yang tidak disiang (dibunag isi perutnya), termasuklah ikan bilis. Apakah pendapat mengenai perkara ini?

Jawapan :
     Ikan ialah spesis haiwan yang halal dan bangkainya boleh dimakan. Tetapi apa yang perlu kita faham ialah tahinya. Dalam fiqah semua tahi adalah najis termasuklah haiwan yang halal dimakan. Tahi kambing adalah najis. Tahi lembu adalah najis dan termasuklah tahu ikan. Jadi kalau ikan direbus atau digoreng sekali dengan tahinya maka jadi najislah.

     Kalau kita makan bererti kita makan najis. Oleh itu kalau nak masak ikan sama ada rebus atau goreng maka bunaglah tahi dan segala isi perutnya. Kemudian bersihkan yakni bilas dengan air bersih, toskan airnya dan barulah masak. Kecuali ikan bilis kerana ia kecil dan suatu kerenah hendak buang tahi dan isi perutnya. Ikan bilis yang susah dikopek untuk buang tahinya maka dimaafkan.

NAJIS MUGHALLAZAH

                
Soalan :
Apa yang saya fahami selama ini anjing dan babi termasuk najis mughallazah tak boleh sentuh, kecuali kulit anjing jika tangan kita kering dan kulitnya kering. Tetapi ada orang kata bahagian anjing yang najis cuma jilatannya sahaja manakala babi pula dagingnya sahaja, kerana itu yang ada nas daripada al-Qur'an dan hadis. Minta dijelaskan.

Jawapan :
     Menyentuh najis mughallazah iaitu anjig dan babi adalah najis. Tetapi menyentuh anjing secara kering dengan kering maka tidak menjadi najis. Cuma ada khilaf ulama tentang bahagian anjing yang najis di mana ulama mazhab Hanafi mengatakan anjing itu najis hanya pada mulut. Ulama mazhab Maliki mengatakan anjing dan kambing itu sama sahaja tidak najis.

     Tetapi ulama Syafii mengatakan anjing adalah najis berlandaskan kepada hadis daripada Rasulullah SAW : "Kalau anjing menjilat bekas maka hendaklah dibasuh 7 kali di mana satu basuhan dengan air tanah atau basuhan pertama dengan air tanah."

     Menurut mazhab Syafii, mulut yang berbau harum berbanding dengan binatang lain pun Nabi suruh basuh maka lebih-lebih lagilah bahagian-bahagian lain. Mengenai babi yang disebut dalam al-Quran hanya dagingnya sahaja maka tidak boleh diambil hujah begitu sahaja.

     Mazhab Syafii mengqisaskan kenajisan anjing dengan babi kerana kedua-duanya haiwan yang kotor. Tetapi mazhab yang tidak menerima qiyas anjing dan babi, mereka hanya mengharamkan makan daging babi.

Friday, November 5, 2010

SAMI YUSUF - HEALING.

Song Name: “Healing”

VERSE 1:
It’s so hard to explain
قد يصعب عليّ أن أعبر
What I’m feeling
عمّا يختلج في قلبي
But I guess it’s ok
لكن اعتقادي
Cause I’ll keep believing
ينبع من إيماني
There’s something deep inside
هناك شيء في الأعماق
Something that’s calling
ينادي
It’s calling you and I
يناديني ويناديك
It’s taking us up high
يرتقي بنا إلى الأعلى

CHORUS:
الشفاء … قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف
Healing, a simple act of kindness brings such meaning
A smile can change a life let’s start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان
And feeling, let’s start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء

VERSE 2:
Heal and you will be healed
شفاء بشفاء .. ومع كل شفاء شفاء
Break every border
اكسر القيود والحدود
Give and you will receive
اعط تُعطى .. فالعطاء يوجب عطاء
It’s Nature’s order
نظام كوني رباني
There is a hidden force
هناك قوى خفية
Pulling us closer
تجذب بعضنا لبعض
It’s pulling you and I
تجذبني أنا وأنت
It’s pulling us up high
تجذبنا للأعلى

CHORUS:
Healing, a simple act of kindness brings such meaning
الشفاء … قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف
A Smile can change a life let’s start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان
And feeling, let’s start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء

MIDDLE 8:
Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts
قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides
عين ترعى عينا .. وعين الله ترعى، و لا شيء عنه يخفى
Seek only to give and you’ll receive
إسع نحوالعطاء… و ستلقى و تعطى
So, heal and you will be healed
إشف.. و سوف تشفى

OUTRO (x2):
قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب
عين ترعى عينا، وعين الله ترعى
كلمة طيبة صدقة
تبسمك لأخيك صدقه
كل معروف صدقة
اللهم اشف شفاءً لا يغادر سقماً

APAKAH HUKUM MENGUCAPKAN SELAMAT DEEPAVALI?

tradisional


Soalan :
Apakah hukum mengucapkan Selamat Deepavali kepada mereka yang beragama Hindu?

Jawapan :
     Di sini ustaz menterjemahkan kenyataan Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi dari laman web Islam-Online tentang memberi ucapan pada hari-hari kebesaran orang bukan Islam. Maksudnya: Dan dia (al-Qardawi) berkata tentang mengucap tahniah kepada perayaan Yahudi dan Kristian: "Ini (ucap tahniah) termasuk daripada ha-hak bersama. Jika seorang ahli kitab datang dan mengucapkan tahniah kepada kamu dengan perayaan kamu, dan dia berkongsi kedukaan dan musibah kamu, dan dia mengucapkan takziah kepada kamu dengan kedukaan dan musibah tersebut."

     "Maka apakah pula yang melarang kamu memberi tahniah dengan perayaannya dan dalam kegembiraannya dan kamu ucap takziah dalam musibah yang menimpanya."

     Allah berfirman: "Apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa." (an-Nisa':86)

     Ini tidaklah bermakna kita menyambut perayaan mereka. Sebaliknya kita hanya mengucapkan tahniah sahaja. Inilah daripada kebaikan dan keadilan yang datang bersama agama ini (Islam).

     Jelas, bahawa mengucapkan selamat deepavali kepada kenalan dan kawan-kawan kita yang beragama hindu tidak dihalang di dalam Islam. Apa yang mustahak di dalam hal ini ialah tujuan kita mengucapkannya bukan untuk menyambutnya bersama. Malah yang demikian adalah demi menghormati budaya dan adat orang lain.

     Saya juga yakin dengan menghormati hari-hari kebesaran orang bukan Islam sedikit sebanyak dapat memecahkan tembok salah faham Islam. Dengan demikian agama Islam akan menambat hati-hati mereka kerana kaindahan ajarannya yang sarat dengan ihsan dan kebijaksanaan sekali gus menjadikan Islam agama yang dihormati.

     Ada juga suara-suara yang agak lantang dalam hal ini, sehingga menghalang kita mengucapkan apa-apa ucapan, kononnya dengan mengucap selamat deepavali, selamat krismas atau apa-apa ucapan hari kebesaran orang bukan Islam semacam kita mengiktiraf dan manyambutnya.

     Alasan ini sangat tidak patut, ini kerana kalau musim deepavali tidak ucap happay deepavali nak ucap apa untuk kenalan atau jiran tetangga? Bukannya ada ucapan lain yang boleh menggantikan happy deepavali. Kalau ada bolehlah kita mengucapkannya.

     Setahu ustaz, itulah ucapan yang ada untuk kita ucapkan kepada masyarakat india yang beragama hindu. Teringat saya pada pesanan seorang guru saya, katanya: "Buatlah baik pada manusia nescaya kamu dapat memperhambakan hatinya."

Sumber:UtusanMalaysiaJumaat29102010Agama25.

Monday, November 1, 2010

KENAPA IBRAHIM B. ADHAM BERTAUBAT?

Subhanallah

     Pada suatu hari Ibrahim b. Adham telah keluar berburu dan setelah lama berada di atas kudanya dia pun berhenti dan menjamah makanannya. Bila hendak dimasukkan saja ke dalam mulutnya tiba-tiba datang seekor burung gagak lalu menyambar rotinya itu. Kerana merasa marah Ibrahim terus mengejar burung itu hinggalah ia sampai ke puncak bukit dan setelah ia mendekati burung ini Ibrahim telah dapati ada seorang lelaki yang telah terikat kedua kaki dan tangannya.

     Ibrahim segera mendekati lelaki ini serta membuka ikatannya lalu bertannya, "Kenapa kamu berada dalam keadaan begini?"

     Jawab lelaki ini, "Sebenarnya aku adalah seorang saudagar dan aku telah dirompak lalu mereka mengikat aku dan aku dibiarkan dalam keadaan begini sudah 7 hari. Dengan pertolongan Allah, burung gagak inilah yang selalu membawa makanan untuk aku.  Burung ini akan bertenggek di atas bahuku sambil memotong roti lalu dimasukkan ke dalam mulutku. Sesungguhnya Allah tidak membiarkan aku lapar walau sehari pun dengan berkat pertolongan burung ini."

     Selepas mendengar cerita lelaki ini Ibrahim b. Adham pun terus bertaubat kepada Allah, ia melucutkan pakaian kebesarannya dan digantikan dengan pakaian sufi. Dia juga telah memerdekakan semua hambanya serta mewakafkan semua harta dan tanah yang dimilikinya.

sekian.