SI KACAK & SI JELITA

Wednesday, December 8, 2010

BISKUT JEM KELAPA.

sedapnya!

BAHAN-BAHANNYA

200 gram tepung gandum
125 gram mentega
65 gram gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh sudu bikarbonat
jem (secukupnya)
kelapa (secukupnya)

CARA MEMBUATNYA 
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180'C. Lenser dulang pembakar dengan sedikit marjerin.
  2. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat. Di dalam mangkuk adunan, satukan kesemua bahan di atas dan diuli sehingga sebati.
  3. Jika adunan terlalu lembut, tambahkan sedikit tepung gandum dan diuli lagi sehingga sebati.
  4. Canai doh di atas landasan pastri yang ditabur sedikit tepung beberapa sentimeter tebalnya. Terapkan menggunakan acuan bergerigi bulat yang sederhana besar.
  5. Sapukan di atasnya dengan jem dan taburkan pula kelapa parut.
  6. Letakkan di atas dulang pembakar. Bakar sehingga biskut masak dan berwarna keperang-perangan.
  7. Angkat dan sejukkan di atas redai kuih sebelum dalam balang kuih kedap udara.
TIPS

Apa sahaja jenis jem boleh digunakan, jem nenas, jem strawberi, jem aprikot mahupun jem buah-buahan tempatan seperti betik, rambutan atau manggis. Untuk kelainan sila cuba jem yang jarang-jarang dimakan kerana biskut akan berlainan rasanya dan bercita rasa tempatan.

SELAMAT MENCUBA!

APA ADA DALAM BEG TANGAN WANITA?

Gucci

Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarkannya menjadi tenaga.

Kulit lelaki lebih kasar berbanding kulit perempuan lebih halus. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

Demikian juga dari segi psikologi. Wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.

Apabila mengamati sesuatu benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih banyak menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita pula menggunakan pengamatan yang luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka, menampakkan banyaj benda. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara yang lebih besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama.

Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, kad pengenalan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank.


Louis Vuitton


Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna permikiran dan penumpuan wanita lebih lebar. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu, kad pengenalan dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar rumah seawal pagi.

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya apabila kelaur saja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk ke dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi. anak belum makan lagi. Kalau bolehnya dia mahu emikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semua beres.

Jimmy Choo

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhati dan dieselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barula dibuat pilihan membeli. Pendek kata, si suami yang jadi pengikut setia mudah bosan. bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak perlu mengambil masa yang lama.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan cara wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila kelaur sahaja dari rumah terus masuk kereta. Tanpa mahu mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai-bagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.

Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya supaya saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang. Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, amak kita lebih berkasih sayang. Kerana itu, berbeza supaya saling sayang-menyayangi.


lelaki vs wanita


Thursday, December 2, 2010

MENARIK JANGGUT FIRAUN.



Sejak awal-awal lagi Firaun telah curiga bahawa bayi yang dijumpai oleh Asiah isterinya di Sungai Nil itu adalah keturunan Bani Israil yang dihanyutkan oleh ibunya. Akan tetapi Asiah pandai memberikan alasan sehingga Musa dapat diterima sebagai anak angkat istana memandangkan Asiah tidak mempunyai anak dalam perkongsiannya dengan Firaun. lama kelamaan raja yang mendakwa dirinya sebagai tuhan itu dapat menerima dan seronok dengan Musa yang kian membesar di istananya.

     Suatu hari, Firaun mengangkat Musa dan meletakkannya diribaannya. Tiba-tiba Musa yang masih budak-budak itu menampar pipi Firaun sehingga kesakitan.

     "Agaknya anak inilah yang bakal meruntuhkan kerajaanku. Awal-awal lagi dia telah menyakitiku." kata Firaun.

     "Alah, dia kan masih kecil, belum mengerti apa-apa." kata Asiah membela Musa.

     Pada hari yang lain ketika Firaun sedang memanjakan Musa, tiba-tiba anak angkatnya itu menarik janggutnya kuat-kuat. Firaun geram dan ingin menghukum Musa.

     "Anak ini betul-betul menyakitkan aku, aku curiga. Baik aku bunuh sahaja." kata Firaun.

     "Hanya memain-mainkan janggut sedikti sahaja akan dibunuh. Mana padan. lagi pun dia masih kecil." kata Asiah.

     "Tidak, dia sudah berakal."

     "Tidak, dia masih belum tahu apa-apa."

     Akhirnya Firaun menguji Musa dengan memberikan seketul bara api dan sepotong roti. Pada mulanya Musa telah menghulurkan tangannya untuk mencapai roti, tapi Malaikat telah mengalihkannya pada bara api. Dengan demikian dia dianggap masih belum tahu apa-apa dan selamat dari dibunuh.