tradisional
Apakah hukum mengucapkan Selamat Deepavali kepada mereka yang beragama Hindu?
Jawapan :
Di sini ustaz menterjemahkan kenyataan Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi dari laman web Islam-Online tentang memberi ucapan pada hari-hari kebesaran orang bukan Islam. Maksudnya: Dan dia (al-Qardawi) berkata tentang mengucap tahniah kepada perayaan Yahudi dan Kristian: "Ini (ucap tahniah) termasuk daripada ha-hak bersama. Jika seorang ahli kitab datang dan mengucapkan tahniah kepada kamu dengan perayaan kamu, dan dia berkongsi kedukaan dan musibah kamu, dan dia mengucapkan takziah kepada kamu dengan kedukaan dan musibah tersebut."
"Maka apakah pula yang melarang kamu memberi tahniah dengan perayaannya dan dalam kegembiraannya dan kamu ucap takziah dalam musibah yang menimpanya."
Allah berfirman: "Apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa." (an-Nisa':86)
Ini tidaklah bermakna kita menyambut perayaan mereka. Sebaliknya kita hanya mengucapkan tahniah sahaja. Inilah daripada kebaikan dan keadilan yang datang bersama agama ini (Islam).
Jelas, bahawa mengucapkan selamat deepavali kepada kenalan dan kawan-kawan kita yang beragama hindu tidak dihalang di dalam Islam. Apa yang mustahak di dalam hal ini ialah tujuan kita mengucapkannya bukan untuk menyambutnya bersama. Malah yang demikian adalah demi menghormati budaya dan adat orang lain.
Saya juga yakin dengan menghormati hari-hari kebesaran orang bukan Islam sedikit sebanyak dapat memecahkan tembok salah faham Islam. Dengan demikian agama Islam akan menambat hati-hati mereka kerana kaindahan ajarannya yang sarat dengan ihsan dan kebijaksanaan sekali gus menjadikan Islam agama yang dihormati.
Ada juga suara-suara yang agak lantang dalam hal ini, sehingga menghalang kita mengucapkan apa-apa ucapan, kononnya dengan mengucap selamat deepavali, selamat krismas atau apa-apa ucapan hari kebesaran orang bukan Islam semacam kita mengiktiraf dan manyambutnya.
Alasan ini sangat tidak patut, ini kerana kalau musim deepavali tidak ucap happay deepavali nak ucap apa untuk kenalan atau jiran tetangga? Bukannya ada ucapan lain yang boleh menggantikan happy deepavali. Kalau ada bolehlah kita mengucapkannya.
Setahu ustaz, itulah ucapan yang ada untuk kita ucapkan kepada masyarakat india yang beragama hindu. Teringat saya pada pesanan seorang guru saya, katanya: "Buatlah baik pada manusia nescaya kamu dapat memperhambakan hatinya."
Sumber:UtusanMalaysiaJumaat29102010Agama25.
BAGAIMANA CARA TERBAIK MEMBALAS UCAPAN DARI NON MUSLIM
ReplyDeleteMungkin di kalangan kita akan menerima ucapan selamat depavali daripada kawan-kawan yang beragama hindu, jadi bagaimana kita hendak membalas ucapan tersebut?
Yang sebaiknya adalah membalas ucapan mereka dengan ucapan yang baik disisi syariat “Semoga Allah menunjukkan jalan yang benar.” Atau “Semoga awak mendapat hidayah.” Atau cukuplah dengan ucapan, “terima kasih”.
Perlu diingat ucapan itu mesti bukannya keredhaan kita terhadap kesyirikan mereka tapi hanya meraikan ucapan mereka dan dalam masa ia lebih menjaga hati non muslim daripada terasa hati sekiranya kita membisu tanpa membalas ucapan mereka.
Ahsin ilan nas tasta'bid qulubahum
ReplyDelete