sedapnya!
BAHAN-BAHANNYA
200 gram tepung gandum
125 gram mentega
65 gram gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh sudu bikarbonat
jem (secukupnya)
kelapa (secukupnya)
CARA MEMBUATNYA
- Panaskan ketuhar pada suhu 180'C. Lenser dulang pembakar dengan sedikit marjerin.
- Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat. Di dalam mangkuk adunan, satukan kesemua bahan di atas dan diuli sehingga sebati.
- Jika adunan terlalu lembut, tambahkan sedikit tepung gandum dan diuli lagi sehingga sebati.
- Canai doh di atas landasan pastri yang ditabur sedikit tepung beberapa sentimeter tebalnya. Terapkan menggunakan acuan bergerigi bulat yang sederhana besar.
- Sapukan di atasnya dengan jem dan taburkan pula kelapa parut.
- Letakkan di atas dulang pembakar. Bakar sehingga biskut masak dan berwarna keperang-perangan.
- Angkat dan sejukkan di atas redai kuih sebelum dalam balang kuih kedap udara.
TIPS
Apa sahaja jenis jem boleh digunakan, jem nenas, jem strawberi, jem aprikot mahupun jem buah-buahan tempatan seperti betik, rambutan atau manggis. Untuk kelainan sila cuba jem yang jarang-jarang dimakan kerana biskut akan berlainan rasanya dan bercita rasa tempatan.
SELAMAT MENCUBA!
No comments:
Post a Comment