Lilypie First Birthday tickers

SI KACAK & SI JELITA

Thursday, December 2, 2010

MENARIK JANGGUT FIRAUN.



Sejak awal-awal lagi Firaun telah curiga bahawa bayi yang dijumpai oleh Asiah isterinya di Sungai Nil itu adalah keturunan Bani Israil yang dihanyutkan oleh ibunya. Akan tetapi Asiah pandai memberikan alasan sehingga Musa dapat diterima sebagai anak angkat istana memandangkan Asiah tidak mempunyai anak dalam perkongsiannya dengan Firaun. lama kelamaan raja yang mendakwa dirinya sebagai tuhan itu dapat menerima dan seronok dengan Musa yang kian membesar di istananya.

     Suatu hari, Firaun mengangkat Musa dan meletakkannya diribaannya. Tiba-tiba Musa yang masih budak-budak itu menampar pipi Firaun sehingga kesakitan.

     "Agaknya anak inilah yang bakal meruntuhkan kerajaanku. Awal-awal lagi dia telah menyakitiku." kata Firaun.

     "Alah, dia kan masih kecil, belum mengerti apa-apa." kata Asiah membela Musa.

     Pada hari yang lain ketika Firaun sedang memanjakan Musa, tiba-tiba anak angkatnya itu menarik janggutnya kuat-kuat. Firaun geram dan ingin menghukum Musa.

     "Anak ini betul-betul menyakitkan aku, aku curiga. Baik aku bunuh sahaja." kata Firaun.

     "Hanya memain-mainkan janggut sedikti sahaja akan dibunuh. Mana padan. lagi pun dia masih kecil." kata Asiah.

     "Tidak, dia sudah berakal."

     "Tidak, dia masih belum tahu apa-apa."

     Akhirnya Firaun menguji Musa dengan memberikan seketul bara api dan sepotong roti. Pada mulanya Musa telah menghulurkan tangannya untuk mencapai roti, tapi Malaikat telah mengalihkannya pada bara api. Dengan demikian dia dianggap masih belum tahu apa-apa dan selamat dari dibunuh.

No comments:

Post a Comment