SI KACAK & SI JELITA

Monday, November 29, 2010

SUAMI SOLEH.

...agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-MU''

          Hak-hak isteri dari suaminya..

  • Suami yang taat dalam melaksanakan perintah Allah dan Rasul-Nya dan dapat pula membimbing isterinya.
  • Suami yang mampu memberikan nafkah zahir ataupun batin.
  • Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan, dorongan, didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah SWT.
  • Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.
  • Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.
  • Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya.
  • Suami yang penyabar dan tidak menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
  • Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.
  • Suami yang sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan, dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.
  • Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.
  • Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji tehadap isteri dan anak-anak.
  • Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seperti meminum minuman keras, berjudi, berzina, mencuri, menipu dan sebagainya.
  • Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.
  • Suami mestilah bijak memahami perasaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaan bersedih.
  • Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.
  • Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.
  • Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain berkaitan dengan isterinya.
  • Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta tanggungjawab.

1 comment:

  1. Salam... walau macamana wanita berusaha untuk membuat yg terbaik utk suaminya, masih ada suami yang sanggup mendedahkan rahsia isteri kepada wanita lain...utk kepentingan dirinya.. Suami sebegini biasanya BEBAS bergaul dgn wanita yg bukan mahranmnya ( duduk berdua2an, keluar berdua2an..) Adakah ini ciri suami solehah zaman sekarang?

    ReplyDelete