Lilypie First Birthday tickers

SI KACAK & SI JELITA

Saturday, November 13, 2010

INFO ASAS TENTANG HADIS.

selamat beramal

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MATAN HADIS?
Matan hadis ialah teks hadis dan ia merupakan penghujung rantaian hadis atau sanad. Jika kita membaca nama-nama periwayat bermula daripada Imam al-Bukhari (pengumpul hadis), ia akan berkahir dengan nama seorang sahabat Nabi selepas beliau, kita akan membaca teks atau matan hadis.

BILAKAH HADIS MULA DITULIS DAN DIBUKUKAN?
Hadis mula ditulis sejak zaman Rasulullah SAW oleh sebahagian daripada sahabat baginda. Penulisan semakin banyak berlaku sepanjang zaman sehinggalah tiba zaman pembukuan yang teratur dan lahirlah buku-buku hadis terkemuka seperti Musnad Ahmad, Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim dan lain-lain.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN SANAD HADIS?
Sanad ialah rantaian periwayat (rawi) yang meriwayatkan hadis. Rantaian itu dimulai dengan sahabat Nabi yang merupakan orang pertama menerima hadis itu daripada baginda. Dia menyampaikan kepada seorang yang lain, dan begitulah seterusnya dia pula menyampaikan kepada orang yang berikutnya sepanjang zaman. Keseluruhan rantaian ini dinamakan sanad hadis.

APAKAH PERBEZAAN ANTARA HADIS SAHIH DAN HADIS DAIF?
Istilah hadis sahih digunakan oleh ulama pengkaji hadis dengan maksud hadis yang benar-benar datang daripada Nabi Muhammad SAW, selepas kajian dan penyelidikan. Manakala istilah hadis daif pula digunakan oleh ulama hadis dengan maksud hadis yang tidak dapat dipastikan kebenarannya daripada Nabi Muhammad SAW, selepas kajian dan penyelidikan.

No comments:

Post a Comment